Sambutan Hari Peneroka Ke-60 Peringkat Kebangsaan Bulan Julai ini

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Peneroka Ke-60 Peringkat Kebangsaan bakal di adakan pada bulan Julai ini bertarikh 21 Julai sehingga 23 Julai 2017.

Sambutan hari itu yang akan diadakan di Putrajaya bertemakan ‘Ekspresi FELDA, Negaraku Malaysia’.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Razali Ibrahim berkata, sambutan hari peneroka pada tahun ini diangkat ke peringkat lebih besar di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Dengan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah meminta supaya penganjuran tahun ini dianjurkan ke peringkat lebih besar di bawah JPM yang melibatkan pelbagai agensi.

“Namun begitu, FELDA dan kumpulan-kumpulan FELDA yang lain masih menjadi teraju utama kepada sambutan selama tiga hari ini,” kata Razali di sini, hari ini.

Sambutan hari peneroka tahun ini akan melibatkan juga pelbagai Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), pelbagai agensi dan rangkaian nama FELDA yang terlibat dengan pelbagai agensi buah sawit dan getah.

Kata Razali, sambutan tiga hari berturut-turut itu akan mempamerkan pencapaian dan kekuatan FELDA yang akan menonjolkan kepada orang ramai.

“Sambutan tiga hari akan pamerkan pencapaian dan kekuatan FELDA yang akan kita tonjolkan kepada masyarakat keseluruhannya di samping kita sama-sama meraikan hari peneroka kebangsaaan 2017.

“Tapi, apa yang lebih penting yang ditunggu oleh peneroka-peneroka adalah ucapan dari Perdana Menteri untuk memberi sedikit sebanyak gambaran mengenai FELDA untuk nak dibawa ke mana dan bagaimana FELDA pada tahun akan datang,” katanya.

Antara program yang bakal berlangsung adalah persembahan dari artis-artis FELDA dan program yang diminati anak muda di mana Belia FELDA dijemput untuk program TN50 untuk berkongsi harapan mereka untuk melihat FELDA FELDA pada 50 tahun lagi.

Selain itu, pelbagai program jualan barangan turut diadakan dan penyampaian anugerah-anugerah kepada para peneroka yang meyertai pertandingan tertentu di kawasan-kawasan FELDA.

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.