Golongan Belia Luar Bandar Perlu Rebut Peluang Ceburi Bidang Pertanian

SIK – Golongan belia di kawasan luar bandar disaran merebut peluang meningkatkan pendapatan dengan menceburi bidang pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kedah, Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata, kawasan luar bandar mempunyai kelebihan memandangkan masih banyak tanah yang berpotensi untuk diusahakan dengan pelbagai jenis tanaman.

“Teknologi kini semakin moden, tanaman getah sebagai contoh, dahulunya terpaksa menunggu sehingga tujuh tahun sebelum mengeluarkan hasil kini sudah boleh ditoreh dalam tempoh empat tahun sahaja.”

“Sebab itu, belia khususnya dari kawasan luar bandar, perlu memanfaatkan teknologi sedia ada, apatah lagi terdapat banyak kawasan yang berpotensi di luar bandar, untuk mereka memulakan sebarang projek pertanian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amalan Pertanian Baik (GAP) Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) DI Dewan Al-Hanna, di sini, hari ini.” – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.