Konsert Pertama Ben Nathan Selepas Bangkit Dari Kehidupan Gelandangan

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular era-80an, Ben Nathan bakal muncul dalam konsert pertamanya pada 21 Mei ini selepas bangkit dari kehidupan sebagai gelandangan.

Konsert ‘Kasih dan Harapan- Ben Nathan’ anjuran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) dengan kerjasama Jojo Enterprise bakal menghiburkan peminat di Saloma Bistro, di sini bermula pukul 12 tengah hari.

Presiden YA1M, Datuk DJ Dave berkata konsert tersebut bertujuan mengumpul dana bagi membantu kebajikan Ben dan menunaikan hasratnya untuk mengeluarkan ‘Single’nya di Jakarta, Indonesia. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.