Nyawa Melayang Selepas Ambil ‘Cendawan Ajaib’ Di Bali

BALI: Seorang warga Singapura berusia 23 tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari bilik hotelnya di pulau Bali, Indonesia.

Pelajar berkenaan, yang dikenalpasti oleh media Indonesia sebagai Ong Chee Seng, dilaporkan terjatuh dari Hotel Terrace di Badung, Bali, pada hujung minggu.

Laman berita Indonesia Tribun Bali pada Isnin melaporkan bahawa Chee Seng telah mengambil ‘magic mushroom’ (cendawan ajaib) yang mempunyai kesan khayal dan halusinasi dengan cara memasukkannya ke dalam jus oren.

Mayatnya ditemui di lorong belakang Hotel Akmani, Jalan Legian Kuta Badung dan dibawa ke hospital BIMC di Kuta.

Jurucakap kepada Kementerian Luar Negeri memberitahu The Straits Times pada malam Isnin bahawa Kedutaan Singapura di Jakarta “memberikan bantuan konsular kepada keluarga warga Singapura yang sudah meninggal dunia.” – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.