Sah Muhammad Wanndy Maut Serangan Di Syria

KUALA LUMPUR: Ketua militan Daesh Asia Tenggara Muhammad Wanndy Mohamed Jedi pada Isnin disahkan terbunuh dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29 April lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu di laman rasmi Twitter beliau sebentar tadi selepas membuat penelitian terhadap maklumat yang diperoleh.

“Selepas meneliti inteligen yang diperolehi, @PDRMsia sahkan bahawa Muhammad Wanndy telah terbunuh dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29/4/17,” kata Khalid.

Pada 29 April lepas, berita kematian Muhammad Wanndy tular di laman sosial selepas isterinya, Nor Mahmudah Ahmad, 28, memuat naik status dalam laman Facebook memaklumkan Wanndy meninggal dunia dalam satu serangan dron. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.