Pasaraya Giant Bandar Sunway Ipoh Terbakar

IPOH – Pengunjung Pasaraya Giant Bandar Sunway Ipoh di sini cemas apabila bahagian jualan kain, bantal dan tilam terbakar petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P. Samasuvam berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 3.45 petang sebelum 18 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke lokasi.

Sebaik tiba 10 minit kemudian, api masih menyala selain asap semakin menebal di dalam premis dan kebakaran hanya dapat dipadamkan selepas 21 minit, katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.