Penularan Berita Sultan Pahang Gering Adalah Palsu

PEKAN – Istana Pahang hari ini menafikan tentang keadaan kesihatan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berada dalam keadaan membimbangkan seperti yang ditularkan dalam media sosial termasuk menerusi aplikasi WhatsApp sejak petang tadi.

Menurut Setiausaha Sulit Khas Kepada Sultan Pahang Lt Kol (B) Nor Hashim Abdul Aziz pekeliling yang kononnya datang dari Istana Abu Bakar dengan memetik Pengelola Bijaya Diraja yang menjunjung titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, meminta semua keraian dan bentuk hiburan kerajaan ditiadakan ekoran keadaan kesihatan Sultan Pahang itu, sebenarnya adalah palsu.

Ia adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan Tengku Abdullah tidak pernah mengeluarkan titah berkenaan, katanya dalam kenyataan media di sini hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.