Kerepek Kentang Dijual RM47 Sebungkus Di Jepun

TOKYO – JEPUN.Pengeluar utama keropok kentang menghentikan jualan kerana kekurangan kentang menyebabkan harga makanan ringgan itu meningkat enam kali lebih mahal dari harga biasa.

Laporan media tempatan syarikat pengeluar Calbee dan saingan utamanya Koike-Ya akan menghentikan hampir 50 produk.

Ia ekoran taufan dan banjir yang melanda kawasan pengeluaran kentang di Hokaido tahun lalu menyebabkan hasil penuaian terjejas teruk dalam lebih daripada tiga dekad.

Penghentian jualan turut menyebabkan pengemar snek itu membuat pembelian panik malah habis di banyak pasaraya.

Seorang lelaki membeli snek yang banyak  kerana keropok kentang perisa piza adalah kegemaran adiknya.

“Ia habis dijual,” katanya.

Sebungkus keropok dijual kira-kira 200 yuan (RM7.65) sebelum itu namun hargnya meninkat lebih daripada 1,250 yen (RM47) sebungkus dalam lelongan dalam talian, lapor Bloomberg.

Menurut Calbee, mereka mula mendapatkan kentang dari Amerika Syarikat namun undang-undang di Jepun menghadkan jumlah kentang import yang boleh digunakan dalam produk buatan Jepun.

Jepun mempunyai dasar melindungi ekonominya untuk pertanian selama bertahun-tahun.

Jepun berkata, kebimbangan terhadap penyakit adalah penyebab utama menyekat import segar.

Jepun masih hanya membolehkan kentang dari negeri Amerika Syarikat yang dipilih, untuk bulan tertentu dalam setahun dan dengan syarat ia diproses di kilang-kilang berasaskan berhampiran pelabuhan Jepun.

Pemanasan global boleh menyebabkan kemungkinan hasil dalam negeri boleh terjejas teruk dengan lebih kerap disebabkan cuaca.

“Kita tidak tahu bila kita akan dapat untuk menghasilkan semula,” kata jurucakap syarikat Masaya Kawase. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.