Dua Polis Cedera Kereta Peronda Bertembung Kenderaan Dinaiki Penjenayah

SANDAKAN – Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta curi dinaiki dua lelaki yang cuba melarikan diri selepas dikejar di Jalan Pelabuhan Sandakan di sini, semalam.

Akibat pelanggaran itu, Sarjan Fadil Abu Bakat, 53, cedera di belakang kepala manakala Lans Kpl Ismail Samsudin, 29, mengalami gegaran di kepala.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mereka membantu mengejar kereta berkenaan yang dikesan oleh sebuah kereta peronda lain di kawasan Bandar Ramai-Ramai. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.