Mayat Bertali Pusat Dibuang Ditemui

GEORGETOWN – Orang awam yang melalui di Kompleks Makanan Bayu Senja, Batu Feringghi di sini gempar selepas menemui mayat bayi yang diletakkan dalam sebuah kotak di situ.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mayat bayi perempuan itu dijumpai kira-kira jam 9 pagi tadi.

Menurutnya, mayat bayi berkenaan dibungkus dengan kain putih dan sehelai kain batik sebelum diletakkan di dalam kotak plastik berwarna hitam.

“Mayat tersebut diletakkan di tepi tong sampah milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di kompleks makanan berkenaan.

“Pemeriksaan awal pada mayat mendapati tiada sebarang kesan luka atau cedera. Mayat bayi itu masih bertali pusat dan belum dapat dikenalpasti bangsanya,” katanya ketika dihubungi tadi. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.