Tiada Kompromi Kes Anggota, Pegawai Polis Lindung Sindiket Dadah – TPM Ahmad Zahid

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi berhubung kes penahanan 16 anggota dan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipercayai terlibat melindungi sindiket pengedaran dadah.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau memandang serius perkara berkenaan kerana polis sepatutnya bertanggungjawab menjaga keselamatan dan bukannya melakukan jenayah.

“Semalam dilaporkan seramai 16 pegawai dan anggota telah ditahan. Saya tidak akan berkompromi kerana harapkan pegar, pegar makan padi,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.