28 Peserta Kem Motivasi Didenda Berbogel

BENTONG: Dua puluh lapan lelaki mengaku bersalah berkelakuan bogel dalam satu permainan ketika menyertai kem motivasi di Selesa Hills Homes and Golf Resort Januari lalu.

Semua 28 individu itu merupakan pelajar kolej telah didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana berbogel di tempat awam.

Mereka dikenakan denda sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Lima orang penganjur kem tersebut turut mengaku bersalah di bawah Seksyen 294 (a) dan didakwa tambahan di bawah Seksyen 109 Akta yang sama kerana bersubahat dengan jenayah.

Pihak penganjur telah dikenakan denda RM3,000 setiap seorang dan dihukum penjara sebulan bermula 22 Januari, pada hari penangkapan mereka. – THE STAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.