Kawalan Keselamatan Di Felda Sahabat 2 Dipertingkatkan

LAHAD DATU – Setakat ini tiada tangkapan yang boleh dikaitkan dengan laporan seorang pekerja ladang mengenai lima lelaki berseluar celoreng dan bersenjata api di ditemui berhampiran sebuah sungai di ladang sawit, Felda Sahabat 2, Cenderawasih dekat sini baru-baru ini, demikian menurut Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

Komandernya Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata sehingga ini juga tiada bukti diperoleh mengenai perkara itu.

Susulan laporan polis yang dibuat pekerja ladang berkenaan, kawalan keselamatan di Felda Sahabat 2, Cenderawasih dekat sini dipertingkatkan. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.