Polis Terima Enam Laporan Kes Buli Di MRSM Parit

PARIT – Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit di sini menjadi mangsa buli apabila dipukul oleh 10 senior mereka kerana mangsa enggan meminjamkan kasut bola, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata kes itu membabitkan mangsa yang kesemuanya berusia 14 tahun yang dipukul pelajar senior berumur 15 dan 16 tahun.

Menurut Mohamad Zainal, pihaknya menerima enam laporan polis mengenai kes buli itu pada 6 Mei lepas. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.