RM10 Juta Bantu Belia Berniaga – Kesedar

GUA MUSANG – Sejumlah RM10 juta dibelanjakan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) bagi membantu 241 belia di kawasan Kelantan Selatan menceburi bidang perniagaan, sejak 10 tahun lepas.

Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Kesedar Datuk Nozula Mat Diah berkata melalui peruntukan tersebut, pelbagai bantuan perniagaan disediakan kepada belia terbabit.

“Kawasan Kelantan Selatan termasuk jajahan Gua Musang, mempunyai banyak peluang untuk belia berniaga bukan sahaja barangan keperluan harian tetapi juga produk berasaskan pertanian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Sehenti Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) di sini, hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.