Saman Selepas Kecewa Temujanji Pertama

TEXAS – AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki mengemukakan saman kepada seorang wanita selepas kecewa dengan sikap wanita itu yang asyik dengan telefon ketika temujanji pertama mereka.

Brandon Vezmar menfailkan tuntuan $ 17.31 (RM75) minggu lalu untuk harga sekeping tiket wayang yang dibelinya kepada wanita itu semasa temujanji tersebut.

Lelaki berusia 37 tahun itu memberitahu Austin American Statesman, dia mengenali wanita itu secara dalam talian dan mereka keluar menonton filem “Guardians of the Galaxy ,Vol2” pada 6 Mei.

Menurut Brandon, wanita yang berusia 35 tahun itu enggan berhenti menggunakan telefonnya walaupun diminta berkali-kali olehnya.

Bosan dengan sikap wanita itu, lelaki itu meminta wanita itu menggunakan telefon bimbit di luar panggung wayang namun wanita itu terus meninggalkannya tanpa kembali semula.

“Walaupun ganti rugi yang dikemukakannya adalah sedikit, prinsip adalah penting kerana kelakuan defendan adalah satu ancaman kepada masyarakat yang bertamadun,” petik kenyataan saman yang dikemukakan itu.

Sementara wanita itu berkata, dia tidak mengetahui mengenai tindakan undang-undang yang dikenakan kepadanya namun menafikan dia menggunakan telefon secara berulang kali

“Saya merendahkan bunyi pada telefon dan tidak menganggu sesiapa,” katanya dipetik NYpost.

Wanita itu turut berkata, Brandon turut menghubunginya meminta untuk memulangkan semula wang tiket berkenaan namun dia enggan kerana lelaki itu yang mengajaknya bertemujanji, katanya sambil menambah lelaki itu turut menghubungi adiknya. – NYPOST

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.