JAIM Gesa Pengendali Wakaf Al-Quran Mohon Kebenaran MAIM Laksana Tawaran Wakaf Elak Penipuan

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menggesa semua pengendali wakaf al-Quran di negeri ini agar memohon kebenaran daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk menjalankan tawaran wakaf berkenaan bagi mengelak sindiket penipuan menggunakan agama Islam selain mengaut keuntungan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Rahimin Bani berkata, setakat ini tiada garis panduan khusus bagi pengoperasian wakaf al-Quran dan ia perlu dipantau kerana aktiviti tersebut pada masa kini dilihat telah dikomersialkan pihak tertentu dan menjadi perniagaan yang diragui.

Beliau berkata pemantauan perlu dilakukan kerana aktiviti berkenaan tertakluk di bawah kutipan khairat yang perlu digunakan untuk pengembangan syiar dan masyarakat Islam. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.