MoF: Kerajaan Mendokong Peranan Luhur BSN

KUALA LUMPUR – Kerajaan mendokong peranan luhur Bank Simpanan Nasional (BSN) kerana menyediakan perkhidmatan kemudahan perbankan asas untuk penduduk di luar bandar dan kawasan pedalaman, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Wira Othman Aziz.

Othman berkata skop dan tanggungjawab BSN seiring dengan aspirasi Kerajaan yang mahukan penyampaian perkhidmatan yang kualitatif, sesuatu yang amat subjektif tetapi diukur dengan strategi yang efektif.

“Peranan BSN dalam pembangunan komuniti untuk segmen perbankan amat luas. BSN bukan sahaja menjadi ejen pelaksana untuk insentif-insentif kerajaan, bahkan turut menyokong inisiatif kerajaan dalam menguar-uarkan dan menawarkan fasiliti atau kemudahan kepada rakyat,” katanya semasa berucap pada Malam Anugerah Ejen Bank BSN, di sini hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.