300 Kanak-kanak Daripada 44 Pertubuhan Kebajikan Sertai Kejohanan Kids Athletics

POH – Sejumlah 300 kanak-kanak daripada 44 pertubuhan rumah kebajikan sekitar Perak menyertai Kejohanan Kids Athletics Antara Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Perak 2017 bertempat di , bermula semalam.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak Rosmahwati Ishak berkata kejohanan yang berlangsung selama dua hari selain pertama kali diadakan itu khusus untuk anak-anak yatim yang berumur dalam lingkungan lima hingga 12 tahun.

Sebanyak enam acara dipertandingkan antara lari berhalangan, lompat silang dan melontar lembing. “Objektif utama kejohanan ini adalah untuk merapatkan ukhuwah antara kanak-kanak ini melalui semangat kesukanan yang kini sangat penting dalam kehidupan seharian kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Kejohanan Kids Athletics Antara Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Perak di Kolej Sains Kesihatan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, di sini, hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.