Program Jom Belajar Coding Pemuda UMNO Diteruskan

CYBERJAYA – Program Jom Belajar Coding Pemuda UMNO akan diteruskan pada tahun ini, berikutan sambutan hangat yang diterima dalam penganjuran fasa pertamanya, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata program berkenaan perlu diteruskan kerana ‘coding’ merupakan bahasa komputer pada masa depan yang merupakan satu keperluan khususnya kepada golongan muda.

“Program Jom Belajar Coding juga selaras dengan gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dalam memastikan belia negara celik bahasa komputer dan mampu menguasai teknologi,” katanya selepas menutup program tersebut di sini hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.