Seorang Wanita Ditemui Mati Di Bilik Penginapan Dipercayai Dibunuh

SANDAKAN – Seorang wanita warganegara asing ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah bilik rumah penginapan di Jalan Dua Bandar Sandakan di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata mangsa berumur lingkungan 20-an dijumpai terbaring di atas katil dalam bilik yang disewanya itu.

Katanya wanita itu mendaftar masuk ke bilik rumah penginapan itu seorang diri kira-kira jam 5 pagi hari ini selepas membayar bilik berkenaan kepada penjaga rumah penginapan tersebut. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.