Tiada Kenaikan Yuran Ijazah Pertama – Idris Jusoh

KUALA LUMPUR – Tiada kenaikan yuran pengajian dikenakan terhadap pelajar yang mengikuti program ijazah pertama di Universiti Awam (UA), kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau menegaskan demikian sekali gus menyangkal penyebaran maklumat tidak berasas kononnya Universiti Malaya membenarkan Fakulti Kejuruteraannya membuat pengambilan terus pelajar dengan yuran pengajian setinggi RM90,000.

“Yuran pengajian perubatan kita hanya RM3,000 sahaja, antara terendah di UA di dunia ini..Fakulti Kejuruteraan pun sama, mereka(pelajar) hanya perlu bayar sekitar RM3,000.” – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.