FELDA D’Saji Sediakan Enam Pilihan Tempat Buffet Ramadhan

KUALA LUMPUR – FELDA D’Saji Sdn Bhd tahun ini menyediakan enam tempat di sekitar Lembah Klang untuk buffet Ramdhan kepada pelanggan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Antara enam lokasi yang dianjurkan oleh syarikat milik Koperasi Permodalan FELDA dan FELDA ini adalah Dewan Perdana FELDA Jalan Semarak, Restoran Terapung D’Saji Titiwangsa Tasik Titiwangsa, Kajang Perdana Avenue Kajang, Orchard Villa Jalan Gombak dan Lake Cempaka Villa Bandar Baru Bangi.

Perasmian buffet Ramadhan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad di Dewan Perdana FELDA, di sini hari ini.

 

Shahrir berkata, buffet Ramadhan anjuran FELDA D’Saji ini wajar dipuji kerana selain menyediakan plebagai juadah untuk berbuka puasa kepada para pelanggan, D’Saji juga menyediakan kemudahan untuk beribadah selepas berbuka puasa.

“Ini petanda rakyat Malaysia suka makan. Tapi itu tak jadi masalah, tentunya D’saji berusaha untuk menggalakkan pelanggan berbuka puasa dan menyediakan pelbagai kemudahan lain yang tentunya untuk rohani untuk para pelanggan, mungkin adakan tazkirah, kemudahan solat dan sebagainya,” kata Shahrir ketika berucap merasmikan buffet Ramadhan D’Saji di Dewan Perdana FELDA.

Pada tahun ini, FELDA D’Saji membawakan sajian makanan tradisi yang terdiri 90 sajian dari pelbagai pelusuk negeri yang dipiliha mengikut zon iaitu Zon Timur, Zon Selatan, Zon Barat, dan Zon Utara.

 

Selain itu, FELDA D’Saji turut menyediakan enam tempat lain untuk majlis korporat iaitu Dewan Merak Kayangan Jalan Gurney, Dewan Besar Tun Rahah Jalan Bukit Bintang, Dewan Rafflesia Tasik Titiwangsa, Dewan Bankuet Menara FELDA, Dewan Gemilang Kelana Jaya dan Ideal Convention Center, Shah Alam.

Pelanggan juga akan mendapat potongan harga 50% kepada pelanggan untuk tiga hari pertama bulan Ramadhan.

Potongan istimewa juga ditawarkan kepada warga emas iaitu pelanggan berusia 6o tahun serta golongan OKU sepanjang bulan Ramadhan.

Untuk tempahan buffet Ramadhan D’Saji, hubungi 03-26988302.

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.