Pasangan Ustaz, Ustazah Maut Sebelum Sempat Buka Puasa

KUALA TERENGGANU: Pasangan guru agama menemui ajal sebelum berbuka puasa pada Sabtu selepas terbabit dalam kemalangan  di Km366, Jalan Kuala Terengganu- Kuantan berhampiran Kampung Serating, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.35 petang itu, Maimun Mamat, 48, maut di tempat kejadian manakala suaminya Daud Setaffa, 55, disahkan meninggal kira-kira pukul 7.32 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Kemalangan itu dikatakan berlaku apabila kereta dipandu Daud yang merupakan guru agama bertembung dengan dengan sebuah kereta yang terbabas dari laluan bertentangan. Maimun ialah guru Kelas Agama Fardu Ain (Kafa).

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superitendan Abd Razak Hassan ketika dihubungi Bernama berkata, pemandu sebuah lagi kereta ialah guru berumur 29 tahun berasal dari Kuala Terengganu dan hanya mengalami kecederaan ringan. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.