Lelaki Dipukul Dipercayai Cabul Wanita Dalam Tandas

ALOR SETAR – Gara-gara dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di dalam tandas, seorang lelaki cedera parah dipukul orang awam di sebuah bangunan menjual peralatan komputer dan telefon bimbit di Jalan Putra di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata kejadian pada 4 petang itu menyebabkan suspek berumur 31 tahun tersebut cedera di bahagian muka, telinga, badan dan kaki akibat dipukul dan ditendang.

“Ketika kejadian, mangsa baru keluar dari tandas sebelum ditolak masuk semula oleh suspek yang kemudiannya mengunci pintu tandas. Suspek telah cuba memeluk mangsa dari arah depan namun mangsa sempat menolaknya.” – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.