3 Pelajar Malaysia Ditahan Di Manchester

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar semalam menerima laporan mengenai penahanan tiga pelajar Malaysia di Manchester, United Kingdom.

Menurut kementerian itu, pihaknya menerima laporan sekitar pada jam 5.40 petang (waktu tempatan) mengatakan yang tiga pelajar berkenaan ditahan oleh Polis Greater Manchester.

“Pelajar terbabit dibawa ke Balai Polis Longsight di Manchester, dipercayai untuk disoal siasat dan dibebaskan pada jam 9.00 malam (waktu tempatan).

“Rakyat Malaysia yang menetap di sekitar kawasan yang terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuh dengan arahan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Menurut kementerian itu, rakyat Malaysia di sekitar kawasan itu juga dinasihatkan untuk melaporkan diri dengan pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, di alamat seperti berikut:

Suruhanjaya Tinggi Malaysia,

London Alamat Sementara: 52 Bedford Row, London WC1R 4LR

Telefon: + 44 (0) 207 242 4308

E-mail: mwlondon.kln@1govuc.gov.my.

 

BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.