Bergaul Dengan Geng 360 Devan Tanpa Sebab Munasabah, Pegawai Polis Wanita Didakwa

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan bergaul dengan ahli-ahli kumpulan jenayah terancang “Geng 360 Devan”, tanpa sebab yang munasabah dua tahun lepas.

Inspektor S. Kushalani, 31, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.

Tiada pengakuan direkodkan kerana dia ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.