Siasatan Ke Atas Delima Oil: Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan FGV Diarahkan Bercuti Serta-Merta

Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Isa Samad, hari ini, mengumumkan “penggantungan” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad berkuat kuasa 6 Jun 2017.

Menurut Tan Sri Isa, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Datuk Zakaria Arshad bercuti mulai hari ini bagi membolehkan satu siasatan menyeluruh terhadap transaksi Delima Oil Products Sdn Bhd dilakukan. Delima Oil merupakan anak syarikat FGV dan dikatakan berhadapan beberapa transaksi yang meragukan.

Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha juga turut diarahkan bercuti.

Dalam sidang akhbar tadi juga, Tan Sri Isa mengumumkan pelantikan Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah untuk mengambil alih tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Jawatankuasa ini terdiri daripada Pengarah FGV, Datuk Dr. Omar Salim; Datuk Zafer Mohd. Hashim dan Ketua Logistik Kluster, Azman Ahmad.

Lembaga Pengarah FGV turut melantik Pengawal Kewangan Kumpulan Sektor Perladangan, Aznur Kama Azmir sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan sementara.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.