Gempa Bumi Gegar Bandar Sandakan

SANDAKAN – Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 3.3 skala Richter menggegarkan bandar Sandakan tetapi tiada ancaman tsunami yang dikeluarkan.

Jabatan Meteorologi berkata, gempa bumi pada pukul 12.26 tengah malam itu berpusat di Sandakan dan 25 kilometer dari barat daya Beluran.

“Tiada amaran tsunami dikeluarkan. Gegarannya boleh dirasakan di Sandakan dan Beluran,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.