Kemelut FGV: Enggan Beri Komen, Idris Tidak Mahu Ganggu Siasatan SPRM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Idris Jala yang dilantik sebagai orang tengah dalam mencari penyelesaian kemelut Felda Global Ventures (FGV) enggan mengulas lanjut berhubung masalah dalaman syarikat berkenaan.

Sebaliknya Idris berkata, kehadirannya hanyalah untuk mengumpul maklumat dan bukti yang mengakibatkan kemelut FGV.

“Saya tidak akan memberikan sebarang komen mengenai hal ini kerana ia hanya akan menganggu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika ditemui media di Menara Felda di sini, Khamis.

Difahamkan beliau yang tiba pukul 2.33 petang semalam telah bertemu dengan pegawai tertinggi FGV sebelum keluar dari bangunan ini sejam kemudian. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.