Raja Ahmad Zainuddin Meninggal Dunia

IPOH – Bekas Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar meninggal dunia kira-kira pada pukul 8.45 pagi di Hospital KPJ Ipoh, hari ini pada usia 69 tahun.

Allahyarham yang juga bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Ipoh pagi tadi.

Kematian Raja Ahmad Zainuddin disahkan oleh adiknya, Raja Norashikin dalam mesej kepada media pagi ini.

Difahamkan, Raja Ahmad Zainuddin tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke dalam wad semalam sehingga disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Ampang dan disembahyangkan di surau berdekatan sebelum disemadikan di tanah perkuburan Jalan Bendahara. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.