3 Garis Panduan Selesai Kemelut FGV – Najib

KULAI – Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak hari ini menyatakan 3 garis panduan dalam menyelesaikan kemelut yang melanda FGV yang juga anak syarikat Felda.

“FGV merupakan syarikat besar yang tersenarai di Bursa Malaysia, oleh itu tindakan pantas menyelesaikan kemelut FGV amat wajar”, Najib Razak.

3 garis panduan yang dinyatakan itu ialah, mematuhi undang-undang syarikat, prinsip urus tadbir yang baik dan segala proses yang dilakukan mestilah melalui proses yang adil.

Berucap dihadapan warga Felda dalam Majlis Sambutan Ihya Rahmat Ramadhan 2017 di Sekolah Kebangsaan Sg Sayong, Perdana Menteri turut menegaskan kemelut FGV ini perlu di selesaikan didalam bulan Ramadhan ini juga.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan Insentif raya RM500 setiap keluarga peneroka dan RM280 dividen FGV.

“Jumlah keseluruhan RM780 bagi setiap keluarga Peneroka yang berurusan dengan kita,yang tidak berurusan dan yang saman kita, tak dapat”, katanya.

Turut diumum dalam majlis tersebut ialah insentif kepada pengerusi Masjid, Imam, Bilal dan siak didalam tanah rancangan Felda seluruh Negara.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.