Selepas Tujuh Tahun, Akhirnya Gavin, Serina Cerai

SELEPAS tujuh tahun melayari rumah tangga bersama, warga Britain, Salahudin@ Gavin Edward O’luanaigh akhirnya melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Serina Redzuan hari ini.

Lafaz itu dibuat Gavin, 40, jam 10.49 pagi selepas Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Nurul Hidayah Jani membenarkan permohonan cerai tersebut.

Serina, 34, yang berpakaian serba putih kelihatan tenang.

Ahli korporat itu menikahi anak Chef Wan itu pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan sepasang cahaya mata Tristan Tareef O’luanaigh, 6, dan Safiyya O’luanaigh, 5.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan Gavin mendapat hak penjagaan kekal terhadap kedua anak tersebut. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.