Mufti Perlis Tegur Sikap Pemalas Asnaf

KANGAR – Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur sikap segelintir asnaf di negeri ini yang malas dan enggan bekerja untuk mengubah kehidupan mereka.

Katanya beliau sering menyertai program Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengayuh basikal mencari asnaf di kampung-kampung untuk diberi bantuan dan dengan cara itu dapat melihat sendiri cara hidup mereka.

“Semasa rombongan Raja Muda sampai di rumah mereka, saya dapati ada asnaf masih berkain selimut sedangkan orang lain sudah lama keluar bekerja mencari rezeki,” kata Mohd Asri dalam kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini, malam tadi.

Mohd Asri berkata dalam kunjungan itu juga kebanyakan asnaf mengadu tiada wang untuk membeli keperluan dapur termasuk beras.

“Yang saya kesal ialah semasa menerima sumbangan daripada Raja Muda, ada antara asnaf mempunyai kotak rokok dalam poket baju.” – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.