Pemandu Lori Maut Dalam Kemalangan Libatkan Tiga Buah Kenderaan

SEREMBAN – Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Lebuhraya Plus KM 272.2 arah Selatan berhampiran Nilai dekat sini kira-kira pukul 11 malam, tadi.

Ketua Polis Dearah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata mangsa yang maut ditempat kejadian itu dikenali sebagai Mohd Ridhuan Mohd Razali berusia 34 tahun.

“Kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi, Honda Civic dan lori jenis Hino. Kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda Civic cuba mengelak biawak dan terbabas melanggar belakang lori, lori itu kemudiannya terbabas dan melanggar tiang lampu di sebelah lorong kecemasan dan terbalik.

“Kereta Honda Civic pula terbabas ke lorong paling kanan sebelum datang Perodua Myvi yang ketika itu bergerak terus di lorong yang sama dan cuba mengelak Honda Civic berkenaan lalu berpusing sebelum masuk semula ke lorong paling kanan dan melanggar pembahagi jalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun pemandu Myvi dan Honda Civic tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.