Generasi Kedua Dan Peneroka Bersyukur Terus Terima Manfaat

PADANG BESAR – Enam insentif untuk warga Felda yang diumumkan kerajaan pada 23 Julai lalu merupakan inisiatif murni kerajaan bagi memastikan golongan berkenaan mampu menikmati keselesaan, menurut generasi kedua dan peneroka tanah rancangan itu.

Insentif terbaru diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu antaranya, peneroka menikmati pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan yang turut memberi manfaat kepada generasi kedua dan seterusnya.

Generasi kedua Felda Mata Air di sini, Norhayati Harun, 34, berkata insentif tersebut seakan satu tradisi yang disifatkan sebagai ‘durian runtuh’ bagi para peserta Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang pastinya tidak pernah mengecewakan.

“Setiap tahun ada sahaja pemberian yang Felda dan kerajaan umumkan dan sudah pasti khabar gembira sedemikian sering dinanti terutamanya golongan peneroka. Setiap kali itulah Felda membuktikan ia tidak pernah mengabaikan kebajikan warganya.

“Sejak zaman ayah saya yang merupakan generasi pertama Felda di sini , kerajaan memang tidak pernah berhenti membantu peneroka dalam usaha membasmi kemiskinan melalui penanaman getah dan kini turut diusahakan mangga Harumanis,” katanya kepada Bernama di sini, Jumaat. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.