Usaha Bawa Pulang Jenazah Pelajar Malaysia Lemas Di Jepun

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) sedang menguruskan untuk membawa pulang jenazah pejajar Malaysia yang mati lemas di Sungai Arakawa, Saitama, Jepun pada Khamis.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra mengesahkan bahawa Muhammad Amirul Asyraf Abdullah, 21, pelajar tahun akhir di Universiti Meiji tajaan YPM dilaporkan lemas pada petang Khamis.

“Kementerian Luar menyampaikan ucapan takziah yang mendalam dan simpati kepada keluarga dan rakan-rakan Allahyarham,” kata kenyataan itu.

Bernama melaporkan bahawa Muhammad Amirul menyertai perkelahan bersama 10 rakannya di Sungai Arakawa apabila insiden itu berlaku. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.