Dua Beradik Warga Asing Hidap Batuk Kokol Di Sabah

KUALA LUMPUR – Dua kes batuk kokol (pertussis) yang dilaporkan di Sabah melibatkan dua adik beradik bukan warga Malaysia yang tidak pernah mendapatkan imunisasi penyakit itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pesakit masing-masing berusia dua tahun tujuh bulan dan 11 bulan.

“Kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Keningau dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata orang ramai tidak perlu khuatir kerana kejadian di Sabah itu adalah kes terpencil.

“Jabatan Kesihatan Negeri telah meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan di lapangan melalui pencarian kes di kawasan tempat tinggal kes dan pemberian imunisasi pertussis kepada kanak-kanak yang cicir imunisasi,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.