Lelaki Tua Ditemui Lemas Dalam Perigi

JELEBU: Seorang lelaki tua ditemui mati di dalam perigi sedalam lima meter di kawasan rumahnya di Jalan Besar, Pekan Titi berhampiran Balai Polis Titi di sini, hari ini.

Mayat Lim Sui Piang, 74, ditemui di dalam perigi berkenaan oleh anak lelakinya yang pulang ke rumah itu kira-kira jam 5.46 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Mohd Fazill Mohd Yunus, berkata satu jentera dengan tujuh anggota serta pegawai dihantar ke rumah berkenaan selepas pihaknya menerima panggilan.

“Ketika tiba, kami dapati mayat mangsa dalam keadaan terlangkup terapung pada permukaan air di dalam perigi itu dan kami mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkannya.

“Berdasarkan pemeriksaan awal, kami percaya dia sudah berada dalam perigi itu kira-kira tiga jam. Bagaimanapun, kami serahkan siasatan lanjut kepada polis,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jelebu untuk bedah siasat. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.