Program Pembaharuan Diteruskan Untuk Berkhidmat Kepada Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan program-program pembaharuan yang telah diiktiraf oleh pakar di seluruh dunia, untuk berkhidmat kepada rakyat dan memastikan Malaysia meneruskan perjalanannya menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk negara walaupun ia sering menjadi cabaran buatnya sebagai perdana menteri.

“Saya tidak akan mengabaikan tanggungjawab saya selagi rakyat mahukan saya untuk terus memimpin negara ini. Saya akan lakukan yang terbaik. Saya beri jaminan bahawa terdapat kerajaan yang adil dan akan terus memacu ke arah negara yang lebih baik,” katanya ketika berucap pada Forum Ekonomi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) 2017 di sini hari ini.

Bagaimanapun, perdana menteri berkata kerajaan tidak akan menjadi populis hanya untuk memenangi sokongan daripada rakyat.

“Tetapi, kami tidak keberatan sekiranya anda menyokong kami untuk pilihan raya umum akan datang,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.