FELDA D’Saji Buka Restoran Yang Ke-14 Di Bangi

KUALA LUMPUR – FELDA D’Saji telah membuka restoran yang ke-14 di lokasi baharu iaitu di Lake Cempaka Villa di Taman Tasik Cempaka, Bangi yang telah dirasmikan oleh Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, hari ini.

Projek pembukaan lokasi baharu restoran telah bermula sejak bulan Julai lalu dengan kerjasama syarikat Ixora dan Majlis Daerah Hulu Langat di mana tapak pejabat pengurusan Taman Tasik Cempaka dibangunkan semula menjadi lokasi restoran ini.

Lake Cempaka Villa telah menawarkan suasana santai dengan pemandangan tasik sertua berkonsepkan teres terbuka dan bilik berhawa dingin yang berbeza dengan dewan-dewan lain tersedia di Bangi.

Lake Cempaka Villa mampu menampung sehingga 2,000 tetamu jemputan dan menawarkan kapasiti 350 tempat duduk.

Pelbagai majlis dan aktiviti boleh diadakan di lokasi terbaru restoran FELDA D’Saji ini seperti seminat, mesyuarat, sambutan hari lahir, majlis akad nikah dan perkahwinan dan pelbagai lagi.

FELDA D’Saji telah menawarkan pakej perkahwinan Lake Cempaka Villa bermula dengan harga RM28.00+ sehingga pengunjung tahun 2017 manakala ‘Aunthentiv Malay’ Buffet bermula dengan harga RM29.00++ untuk tempahan 2017 dan ala-carte serendah RM8.00.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Eksekutif Jualan, Nabilha di talian 019-277 7792 atau emel nurnabilla.ms@felda.net.my.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.