Capaian Media Sosial World #QuranHour Cecah Lebih 100 Juta

SHAH ALAM – Tinggal 20 hari lagi menjelang program bacaan al-Quran serentak selama satu jam, World #QuranHour namun jangkauan media sosialnya sudahpun mencapai angka 104,375,797 di seluruh negara dan semakin meningkat.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacob berasa amat bersyukur dengan sambutan yang diterima ini.

“Semoga lebih banyak lagi sokongan akan diterima di seluruh negara,” katanya.

Analisis tersebut didapati menerusi Brand24.

World #QuranHour akan berlangsung pada 9 Zulhijah 1438 Hijrah bersamaan 31 Ogos 2017 bermula jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang, di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM, Gombak, manakala Merdeka #QuranHour bermula jam 8.30 malam di Dataran Merdeka. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.