Kumpulan Pelajar Bergaduh Di Luar Sekolah

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Sabah sedang menyiasat satu rakaman video pergaduhan membabitkan pelajar didakwa daripada sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Rakaman video pergaduhan berdurasi satu minit 51 saat itu didakwa berlaku pada Rabu lalu dan ia menjadi viral di laman sosial sejak pagi tadi.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul, berkata pihaknya masih menyiasat kejadian itu.

Maimunah berkata, pihaknya turut menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut kerana kes itu berlaku di luar sekolah.

“Kita ada menerima laporan awal kejadian itu dan siasatan sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan rakaman video itu, dua remaja lelaki masing-masing dipercayai memakai baju sukan sekolah bergaduh sebelum disertai beberapa pelajar lain.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata pihaknya setakat ini tidak menerima laporan berhubung kejadian itu. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.