Tiga Pusat Pemindahan Banjir Di Melaka Dibuka

MELAKA – Seramai 245 mangsa banjir daripada 64 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir sekitar daerah Melaka Tengah hingga 10.30 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata pusat pemindahan tersebut dibuka setelah hujan lebat turun sejak 2 pagi hingga 6 pagi tadi, menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

“Seramai 198 mangsa daripada 50 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Munsyi Abdulah di Batu Berendam.

“Pusat pemindahan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Paya Ikan pula menempatkan seramai 33 mangsa daripada enam keluarga, manakala seramai 23 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di Balairaya Peringit,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mangsa yang dipindahkan merupakan penduduk dari enam kawasan iaitu Kampung Batu Hampar, Kampung Pulau Kelapa, Kampung Sungai Putat, Taman Bukit Beruang Bistari, Taman Melawis Bukit Beruang dan Kampung Bukit Pulau. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.