Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pemilihan Ogos merupakan simbolik kepada kebakaran yang menimpa masjid di Palestin itu pada bulan sama tahun 1969, hampir 50 tahun lalu.

Katanya, langkah memperingati kejadian menyayat hati itu diyakini dapat membangkitkan semangat rakyat negeri ini untuk bersama-sama berjihad membantu membela nasib saudara seagama di sana.

“Saya ingin mencadangkan terutama kepada Taman Tamadun Islam (TTI) agar monumen Masjid Al-Aqsa yang terdapat di situ dapat dijadikan asas semangat orang Terengganu,” katanya.