14 Rakyat Malaysia Sertai Sidang Kemuncak Belia India-ASEAN

NEW DELHI – Sidang kemuncak belia lima hari bersempena sambutan ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik India-ASEAN bermula di Bhopal, wilayah tengah India, pada Isnin.

Empat belia Malaysia menghadiri sidang kemuncak itu.

Sempena meraikan ulang tahun ke-25 pembentukan rakan dialog India-Pertubuhan Negara Asia Tenggara (ASEAN), sidang kemuncak berkenan yang bertemakan “Shared Value, Common Destiny” (Perkongsian Nilai, Matlamat Bersama), dianjurkan Kementerian Luar India dan pasukan pemikir India Foundation.

Acara berunsur kebudayaan itu menarik kehadiran kira-kira 200 anggota perwakilan daripada sektor kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil, termasuk wakil Pertubuhgan Belia ASEAN.

India berharap acara itu akan mengeratkan ikatan muhibah dan persefahaman dalam kalangan belia yang berbakat besar serta negara peserta. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.