Latihan Teknikal, Vokasional Bukan Pilihan Kedua

SHAH ALAM: Kerajaan bakal melahirkan sekurang-kurangnya 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang tahun 2020.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri Ismail Abd Mutalib, berkata sasaran itu bakal dicapai dengan cara meluaskan akses masyarakat kepada latihan Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET), serta kolaborasi bersama industri untuk meningkatkan keberkesanan strategi kerajaan.

“Selain itu, usaha juga giat dijalankan bagi mempromosikan pusat latihan kerajaan dan swasta yang menawarkan program berteraskan TVET.

“Penjenamaan semula latihan kemahiran melalui jenama SkillsMalaysia juga bertujuan memulih dan menghapuskan stigma masyarakat yang memandang TVET sebagai pilihan kedua untuk orang gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah National Robot Challenge (NRC) dan Pertandingan Akhir Teknologi Automobil PROTON, sempena Karnival SkillsMalaysia Zon Tengah 2017, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa), Amir Omar. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.