Zakaria ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau dipanggil untuk memberi ketera­ngan tersebut hampir empat jam bermula pukul 9 pagi semalam.

Bagaimanapun, katanya, isi kandungan sia­satan dan keterangan yang diberikannya kepada panel siasatan adalah sulit.

“Esok bersambung lagi (15 OGOS) dan hari ini (14 OGOS) hanya saya seorang yang memberi ke­terangan. Setakat ini, panel siasatan dalaman FGV sudah me­nerima keterangan tersebut dan saya berpuas hati kerana sudah menunaikan tanggungjawab itu,” katanya di sini, semalam.

Panel siasatan dalaman FGV memulakan prosiding ter­hadap empat individu pen­ting dalam syarikat tersebut bermula 24 Julai lalu.

Sebelum ini, Pemang­ku Pengerusi FGV, Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob berkata, keputusan oleh panel siasatan dalaman itu sepatutnya diumumkan hari ini dan seramai empat individu dipanggil pada prosiding berkenaan, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan dua lagi individu.

Kata Sulaiman, panel siasatan itu dianggotai oleh tiga panel bebas terdiri daripada individu dalam FGV. – UTUSAN ONLINE