Kualiti Guru Bahasa Inggeris Perlu Setanding Peringkat Antarabangsa – Mahdzir Khalid

NILAI – Kementerian Pendidikan mahu guru-guru Bahasa Inggeris di seluruh negara mempunyai penguasaan bahasa itu sehingga mencapai tahap C2 (paling cemerlang) berdasarkan Common European Framework of Reference (CEFR).

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia sekali gus bagi memastikan standard pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di Malaysia setaraf dengan standard antarabangsa.

“Setakat ini seramai 20,000 atau 52 peratus guru Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dan menengah telah mencapai tahap C1 dan C2 berdasarkan CEFR.

“Jadi kita mahu, ELTC terus memainkan peranananya dalam meningkatkan tahap penguasaan dan kualiti dari segi penulisan dan komunikasi guru-guru Bahasa Inggeris dalam usaha melahirkan murid yang cekap dalam bahasa ini serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kampus ELTC dan majlis pembukaan Kolokium Highly Immersive Programme (HIP) di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad serta Pengarah ELTC, Dr Mohamed Abu Bakar. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.