Laporan Polis Berhubung Beg Persenda PM

SHAH ALAM: Satu laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno Subang berhubung beg kitar semula yang mengandungi perkataan mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Exco pemudanya, Alan Ridzuan berkata, beg tersebut mengandungi perkataan “Perdana Menteri Saya Memalukan” yang diletakkan di atas meja di sebuah pusat membeli-belah.

Tambahnya, ia turut menempatkan sebuah kotak meminta sumbangan sebanyak RM10 bagi setiap beg berkenaan.

Alan berkata, beliau mengesan kewujudan beg itu semasa berada di pusat membeli-belah tersebut.

“Saya percaya kata-kata ini bertujuan untuk mencemarkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, polis menyiasat kes tersebut di bawah Akta Hasutan 1948. – THE STAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.